Skip to main content

Sukan Lain

ACC: Skuad remaja negara sudah sedia menggegar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

adiq-husaini.jpg
Jurulatih skuad berbasikal remaja kebangsaan, Adiq Husainie Othman, berkata persiapan anak buahnya menjelang Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Menurutnya, kesemua enam pelumba remaja di bawah kendaliannya kini berada di tahap terbaik menjelang perlumbaan di Velodrom Nasional, Nilai itu bermula 21 Februari ini.

"Sebenarnya tahun ini adalah tahun yang mencabar untuk saya kerana ia merupakan tahun pertama saya membawa pasukan remaja," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Dalam masa sama, persiapan memang telah kami susun dengan rapi selama dua bulan ini.

"Untuk pelumba remaja wanita, saya rasa tiada masalah kerana dalam edisi di India tahun lalu, mereka memenangi beberapa pingat.

"Untuk pasukan remaja lelaki pula, ia merupakan tahun pertama, jadi tiada tekanan untuk mereka." 

Advertisement

Must Watch Video