Atlet muda berbasikal trek negara, Sawda Hasbullah, menggegarkan Velodrom Nasional Nilai apabila mencipta rekod baru saingan ujian masa 1 Kilometer (km) Remaja menerusi catatan masa 1 minit 10.818s sekali gus menamatkan penantian pingat emas negara dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC), hari ini.
Disebalik kejayaan emas Sawda itu, pelumba berusia 16 tahun itu baru sahaja beraksi dalam acara yang baru dipertandingkan itu sejak 6 bulan lalu.
Dia melakar sensasi itu untuk merangkul pingat emas menewaskan pesaing dari Taiwan, Shang Ying (1.11.936s), yang meraih pingat perak dan Harshita Jakhar (1.12.848s) dari India merangkul gangsa bagi melengkapkan kedudukan podium.
Walaupun, saingan hari kedua tidak menyebelahi dirinya semalam tetapi dia tekad hingga berjaya membawa pulang pingat emas pertama negara dalam saingan hari ini.
"Saya sangat teruja dan bangga dengan (pencapaian) diri saya, terima kasih kepada rakan dan jurulatih. Saya lakukan yang terbaik ketika latihan.
"Saya baru kalah semalam dan kecewa, jadi hari ini saya lakukan yang terbaik untuk meraih pingat." katanya.