Pelumba wanita remaja negara, Sawda Hasbullah, mencipta di persada tertinggi apabila catatan masa 1 mini 10.818 saat dilakukannya dalam final acara 1 kilometer (km) ujian masa remaja di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 semalam diiktiraf sebagai rekod dunia.
Perkembangan terbaru itu dikongsikan oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menerusi hantaran di Facebook badan induk itu, hari ini.
"Sawda Hasbullah, pelumba berusia 17 tahun mencipta sensasi apabila memenangi pingat emas dalam acara 1km ujian masa remaja wanita yang baru diperkenalkan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2025," tulis PKBM di gambar Sawda yang tertera kapsyen pemegang rekod dunia dan Asia.