BERBASIKAL

ACC: Macam nak terbakar kaki -- Aisyah Zubir tuai perak kedua di Nilai

Stadium Astro
Saufi Tahir
24/02/2025
10:46 MYT
Sponsor Banner
ACC: Macam nak terbakar kaki -- Aisyah Zubir tuai perak kedua di Nilai
Tuaian pingat kem negara berterusan pada saingan hari keempat Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 selepas Nur Aisyah Mohamad Zubir sekali lagi menaiki podium kali ini dalam saingan 25 kilometer points race.
Aisyah meneruskan sensasi semalam apabila turut meraih pingat perak acara Scratch 40 pusingan denga pelumba berusia 27 tahun itu meneruskan momentum kayuhan sekali gus menambah koleksi pingat peribadi di pentas Asia itu.
Format perlumbaan ini menuntut pelumba mencaturkan strategi untuk mengutip mata disepanjang 100 pusingan, dengan mata diberikan kepada empat pelumba terbaik dalam setiap 10 pusingan.
Selain memiliki daya ketahanan fizikal yang baik, atas dasar Aisyah merupakan pelumba basikal lebuhraya negara.
Olimpian negara itu juga bijak merencana strategi perlumbaan dengan mengekori rapat pemenang pingat emas, Maho Kakita dari Jepun dan gangsa menjadi milik Nafosat Kozieva dari Uzbekistan.
Pencapaian dua pingat perak di pentas Asia itu menjadikan detik terbaik karier Aisyah dalam saingan berbasikal trek dan menjadikan dirinya pelumba yang lebih versatil.
Kerja keras dan pengorbanan berlatih meningkatkan stamina dengan merekodkan kayuhan 400 kilometer dalam tempoh seminggu menjadi resepi kejayaan pelumba kelahiran Kemaman, Terengganu itu.
Sudah menjadi kebiasaan buat Aisyah berkayuh dari Nilai ke Kuala Pilah dan Bukit Tangga Jelebu demi menyerlahkan potensi diri ke tahap yang lebih tinggi.
Rejim latihan berintensiti tinggi itu terjyata memberikan dimensi baru dalam peningkatan prestasi Aisyah ketika ini.
"Kejayaan semalam itu membakar semangat saya hari ini, selepas 60 pusingan saya berasa sangat yakin kerana jarak mata saya dengan kelompok dua terbaik tidak jauh.
"Tetapi pusingan terakhir baru terasa macam nak terbakar kaki rasa, jurulatih banyak memantau saya. Jadi mudah ikuti arahan dia." katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video