BERBASIKAL

ACC: Buru kilauan pingat sejurus habis SPM -- Dania Avriel

Stadium Astro
Adli Aidy
18/02/2025
09:47 MYT
Sponsor Banner
ACC: Buru kilauan pingat sejurus habis SPM -- Dania Avriel
Pelumba berbasikal trek remaja negara, Dania Avriel Alviera, mengakui bukan perkara mudah untuk membahagikan masa mempersiapkan diri menuju Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC).
Dalam masa sama, Dania juga baru sahaja selesai menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Begitupun, atlet berusia 18 tahun itu mahu menjadikan cabaran hebat itu sebagai suntikan semangat menaikkan motivasi dirinya untuk berjaya dalam karier dalam bidang berbasikal dan pembelajaran.
Dania menghembus nafas lega apabila tamat bergelar seorang pelajar menghabisi SPM dan beralih fokus untuk mengharungi kejohanan tersebut yang dijadualkan berlangsung dari 21 hingga 27 Februari depan di Velodrom Nasional, Nilai.
"Syukur peperiksaan SPM sudah selesai dan kini terus fokus latihan menjelang kejohanan.
"Saya akan cuba sedaya upaya untuk meraih pingat walaupun tekanan tinggi," kata Dania.
Untuk rekod Dania berjaya meraih pingat perak dalam acara omnium di ACC 2024.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video