ACC 2025: Pelumba muda berbasikal trek negara umum tarik diri ekoran kecederaan
Najmi Iman
Disember 22, 2024 19:05 MYT
Disember 22, 2024 19:05 MYT
Pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Aliana Syafika Azizan, mengesahkan tidak akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) yang akan berlangsung di Nilai, Februari depan.
Peristiwa gelap yang berlaku pada 5 Oktober lalu masih menghantui dirinya apabila mengalami keretakan tulang rusuk dan gegaran otak yang menganggu momentumnya melakukan persiapan menghadapi pertandingan tersebut.
Aliana berkongsi bahawa dirinya tidak mampu berlatih secara intensif ekoran kerap mengalami migrain, sekali gus mengganggu tumpuannya untuk kembali ke tahap optimum.
Nurul Aliana Syafika Azizan mengesahkan dia tidak dapat beraksi pada Asian Cycling Championships 2025 susulan masih terkesan impak dari 'mild concussion' akibat terjatuh pada sesi latihan sebelum ini. Laporan penuh Nadi Weekend@ASTROARENA pic.twitter.com/r6IK5Nc51A
— Faizal Bazari (@faizalbazario) December 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Jika saya tidak mengikuti proses pemulihan yang sebenar, ia akan memberi kesan yang berpanjangan.
"Meskipun Malaysia ialah tuan rumah ACC, saya tidak mahu mengambil risiko kerana belum berada di tahap terbaik.