Skip to main content

Sukan

80 peserta gamatkan program realiti Jaguh Rakan Muda anjuran KBS-Astro

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

adam.jpg
Selepas tamat sesi uji bakat menyeluruh di lima lokasi utama termasuk Sabah dan Sarawak, 80 individu berjaya melayakkan diri sebagai peserta program realiti fizikal 'Jaguh Rakan Muda' anjuran Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) bersama Astro dalam misi merebut hadiah utama bernilai RM100,000.

Ketahanan, kecergasan serta semangat juang tinggi kesemua peserta bakal diuji bagi mencungkil potensi sebenar mereka bukan saja dalam bidang sukan malah merangkumi pelbagai aspek lain seperti gaya hidup, kesukarelawanan serta kepimpinan.


 

Perkara itu jelas bagi merealisasi hasrat KBS memastikan golongan belia berusia 13 hingga 30 tahun mempunyai platform pembangunan teratur dan mampu melahirkan generasi pelapis muda baru yang terbaik.

"Kami mahu melihat jaguh rakan muda bukan hanya satu program di televisyen, tetapi kami mahu melihat ia menjadis satu program yang boleh kita ambil nilai murni seperti kepimpinan, Kerjasama dan keberanian untuk sahut cabaran.

"Kami mahu jaguh menjadi inspirasi buat golongan belia di luar sana agar menjadi kompetitif. Kami mahu semarakkan semangat kesukanan dalam golongan belia hari ini." katanya.
Garmin

Garmin Vivoactive 5

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video