Skip to main content

Sukan SEA

7 bulan tanpa kejohanan, Sukan Sea Thailand jadi sasaran Sarah Adi bukti kemampuan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sarah.jpg
Nor Sarah Adi yang lebih mesra dengan disapa ‘Chan’ jadi sensasi dan bahan bualan rakyat Malaysia satu ketika apabila atlet muda berusia 25 tahun itu mula menyinar dengan meraih pingat emas Sukan SEA Hanoi 2021 dengan catatan lompatan 4.00 meter (m).

Namun perjalanan Sarah menghadapi cabaran besar pada Disember tahun lalu apabila dia mengalami kecederaan ligamen dan tulang rawan pada buku lali kanan, sehingga memerlukan pembedahan dan fasa pemulihan intensif sehingga mengambil masa sekitar tujuh bulan. 

Sarah berkongsi perasaan terkilan apabila melihat melihat rakan seperjuangan lain keluar menghadapi saingan. Bagaimanapun dia tidak putus asa, latihan ringan tetap berjalan seperti biasa. 

Sarah kembali dengan latihan lebih mencabar dalam masa sama meletakkan sasaran untuk memecahkan rekod kebangsaan yang kini dipegang jurulatihnya sendiri, Roslinda Samsu, dengan catatan diraih 4.40m. 

Kini, Sarah berada dalam senarai panjang pemilihan skuad negara untuk ke Sukan SEA Thailand hujung tahun ini, dengan masa masih menjadi penentu utama kelayakan. 

Begitupun, motivasinya tinggi kerana mempunyai sasaran yang lebih besar dengan kejohanan terdekat menanti Patafa Weekly Relay Series. 

Besar atau kecil, kemajuan tetap kemajuan, Sarah sudah menunjukkan perkembangan positif dengan lompatan yang baru dilakukan dalam sesi latihan baru-baru ini meraih pujian jurulatih. 

Harapnya, Sukan Sea Thailand bakal jadi medan untuk Sarah membuktikan dirinya berkemampuan dalam merealisasi misi pecah rekod kebangsaan! 

Advertisement

Must Watch Video