Seramai 600 peserta mengesahkan penyertaan untuk Cabaran Ruhiang-Kiulu Adventure (RUKIAC) 2017 yang bakal berlangsung di Kiulu pada 15 Januari ini.
Kejohanan edisi keenam yang dianjurkan bersama oleh Casero Events dan Pejabat Daerah Tamparuli itu bakal mempertandingkan beberapa kategori membabitkan larian sejauh 10 dan 23 kilometer, dengan setiap larian dibahagikan kepada kategori terbuka lelaki, terbuka wanita, lelaki veteran serta wanita veteran.
Pengarah Perlumbaan, Steve Johnny Mositun, berkata penyertaan itu melebihi sasaran 500 peserta sebelum ini, malah masih ramai lagi yang menyatakan hasrat untuk menyertai kejohanan itu.
"Bagaimanapun kami terpaksa mengehadkan penyertaan kepada 600 orang saja atas beberapa faktor
"Jika kami tidak hadkan penyertaan, ia mungkin mencecah sehingga 1,000 peserta," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Steve berkata peserta yang telah mendaftar boleh mendapatkan pek larian mereka di perkarangan bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jalan Gaya pada 13 Januari dari jam 1 hingga 5 petang manakala pada keesokan harinya, peserta juga boleh berbuat demikian di Tamu Tamparuli bermula jam 11 pagi hingga lewat petang.
Dalam pada itu, Steve turut mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke venue acara berkenaan kerana pemeriksaan kesihatan kepada orang awam serta pelbagai lagi aktiviti menarik turut diadakan.