PARALIMPIK
2025 jadi pentas kebangkitan Latif Romly
Jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly kembali bernafsu mengejar gelaran terbaik dunia selepas kecundang di pentas Paralimpik Paris.
Kegagalan Latif melengkapkan kejuaraan hatrik emas paralimpik di Paris membuatkan Paralimpian itu komited mencapai prestasi optimum tahun ini.
Malah Latif melaungkan nada keyakinan tanpa berselindung -- misi melengkapkan koleksi trofi peribadi dengan mensasarkan kilauan pingat di pentas Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Iklan
Atlet berstatus empat kali juara dunia itu meletakkan sasaran tinggi untuk dicapai atas dasar mahu mengekalkan mahkota kejuaraan dunia yang dimenanginya di Kobe, Jepun tahun lalu.
Must-Watch Video