Skip to main content

Sukan Lain

20 pemain perkuat Malaysian Tigress buru slot ke Kejohanan FIH Piala Negara-Negara Wanita 2

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khm.jpg
Seramai 20 srikandi termasuk 15 pemain senior dan lima pemain muda yang menjadi tunjang Young Tigress layak ke Piala Dunia Remaja Poland bagi Kejohanan FIH Piala Negara-Negara Wanita 2. 

Saingan itu bakal berlangsung dari 16 hingga 22 Jun dengan sasaran berada dalam kelompok empat terbaik meskipun bakal berdepan pasukan yang berada dalam kelompok ranking 30 terbaik dunia.

Timbal Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak, berkata, "."

Ketua jurulatih skuad wanita negara, Nasihin Nubli, optimis bahawa sasaran kejayaan mampu dicapai dengan syarat pemain negara kekal komited dan konsisten. 

Kemenangan ke atas tuan rumah Poland dalam aksi pertama Kumpulan A amat penting, sebelum meneruskan momentum bertemu Uruguay dan Afrika Selatan. 

Tiga penyerang utama -- Siti Zulaikha, Nuramirah Syakirah dan Siti Nur Arfah dijangka menjadi sandaran utama pasukan usai kembali bersama pasukan apabila pulih sepenuhnya daripada kecederaan masing-masing. 

Dengan kehadiran lima pemain remaja yang sebelum ini membantu Young Tigress layak ke Piala Dunia Remaja 2025 -- kapten Malaysia Tigress, Juliani Din, percaya ia mampu memberi suntikan tenaga baharu buat pasukan ditambah kehadiran semula beberapa penyerang berbisa daripada episod kecederaan.

Juliani turut mengakui bahawa sasaran layak ke separuh akhir yang ditetapkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) adalah satu yang realistik.

Namun begitu, pendekatan paling efektif buat pasukan ketika ini adalah fokus kepada satu perlawanan ke satu perlawanan dalam satu masa

Advertisement

Must Watch Video