Skip to main content

Tenis

2 peminat maut ketika saksikan final ATP di Turin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

atp.jpg
Dalam kerancakan bintang tenis ternama dunia berentap dalam kejohanan hujung tahun -- final ATP, penganjuran edisi ini turut disulami berita sedih selepas dua penonton yang hadir disahkan maut ketika menyaksikan perlawanan pada hari kedua di Turin Arena.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan hari ini, kedua-dua mangsa adalah warga berusia 70 dan 80 tahun dipercayai maut akibat serangan jantung.

Insiden itu berlaku ketika penonton menantikan aksi membabitkan Lorenzo Musetti dan Tylor Fritz sehingga menyebabkan permainan terpaksa berlangsung sedikit lewat.

Pasukan perubatan yang ditempatkan di venue kejohanan bergegas untuk memberikan rawatan awal, namun malangnya gagal.

Persekutuan Tenis Itali (FITP) dan pihak ATP turut mengeluarkan kenyataan khabar duka cita itu dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa atas insiden yang tidak dijangka itu.

Kejohanan ATP Finals edisi 2025 masih berlangsung dengan menyaksikan jaguh handalan dunia ketika ini berentap di peringkat kumpulan dalam misi mara ke pusingan kalah mati kejohanan.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video