Hasrat pelari 110 meter berpagar negara, Mohamad Armin Zahryl Abdul Latif, untuk melepasi had kelayakan ke Sukan SEA Thailand 2025 akhirnya termakbul selepas berjaya melakukan catatan 13.85 saat dalam kejohanan Olahraga Asia (ATF) di Gumi, Korea Selatan pada Khamis lalu.
Catatan tersebut dilakukan atlet kelahiran Dungun, Terengganu itu ketika beraksi dalam saingan saringan ketiga acara tersebut.
Bagaimanapun, dia gagal melayakkan diri dalam kelompok barisan atlet yang berjaya melepasi halangan ke final dalam kejohanan itu kali ini.
Namun, perkhabaran tersebut sudah cukup untuk melegakanya untuk lebih fokus melihat peluang melakukan sesuatu buat negara dalam Sukan SEA, yang bakal berlangsung dari 9 Disember hingga 20 Disember depan.
Had untuk melayakkanya ke Sukan SEA adalah 13.86 saat sebagaimana yang telah ditetapkan berdasarkan catatan pemenang pingat gangsa dalam temasya sama di Kemboja pada 2023.