PERMOTORAN
12 Hours of Sepang: 33R Harmony Racing cemerlang teruskan legasi Ferrari
Deruman Ferrari 296 GT3 "Garfield" memastikan 33R Harmony Racing memahat sejarah dalam Perlumbaan 12 Hours of Sepang 2025 menerusi pemanduan hebat Jazeman Jaafar, Jason Loh, dan David Chen Weian dan Luo Kailuo.
Perlumbaan yang bermula pada jam 10:15 pagi menyaksikan Ferrari No. 33 bermula di petak utama, namun keadaan panas terik Malaysia dan cuaca tidak menentu menjadi benar-benar menguji peserta dan ketepatan pemanduan.
Wira tuan rumah, Jazeman Jaafar, membuka aksi dengan cemerlang apabila bijak memanfaatkan pengurusan tayarnya bagi melanjutkan pendahuluan kepada hampir 30 saat sebelum Luo Kailuo mengekalkan rentak dalam aksi kedua.
Iklan
Jason Loh kemudiannya mengharungi kepanasan puncak petang di bawah bahang 35 darjah selsius tetapi dengan strategi konservatif, dia masih mengekalkan momentum pasukan.
Bagaimanapun, Jason tergelincir ke tangga sebelum dia kembali dengan pemanduan mantap untuk menamatkan aksinya sebanyak 30 pusingan. Luo Kailuo kemudiannya menjadikan jurang 45 saat kepada 20 saat dan menjelang hari bertukar gelap, jentera Ferrari No. 33 dan Porsche itu tetap berentap hebat.

Jazeman kembali menguasai perlumbaan dengan merekodkan pusingan terpantas 2:05.915, untuk mengecilkan jurang kepada 2 saat, sementara Kailuo berusaha mengekalkan penguasaan mereka.
"Masih hilang kata-kata. Salah satu perlumbaan paling sukar pernah saya hadapi. Saya perlu mengejar dari tempat ketiga sebelum mendahului perlumbaan ketika berbaki 15 minit sahaja lagi.
"Tiada apa yang mudah tetapi Alhamdulillah, dengan pasukan yang betul, pakej, rakan sepasukan yang mantap dan sokongan tidak berbelah bahagi daripada keluarga dan rakan-rakan saya, kemenangan ini benar-benar emosional," kata Jazeman.
Jazeman melepasi garisan penamat terlebih dahulu dengan melengkapkan 328 pusingan (1,818 km) untuk memastikan memuktamadkan kemenangan hasil bergandingan di samping David, Luo dan Jason.
Kemenangan ini bukan sahaja menambah kabinet trofi 33R malah meneruskan legasi Ferrari di Sepang.
Must-Watch Video