Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, tidak akan menandatangani persetujuan komitmen (LOC) bagi menyertai Program Road to Gold (RTG).
Menerusi laporan Stadium Astro semalam, Zii Jia hanya memiliki masa sampai hari ini untuk menandatangani persetujuan komitmen (LOC) bagi menyertai Program Road to Gold (RTG).
Zii Jia bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak tersenarai dalam program tersebut.
Dalam kenyataan dikeluarkan yang berbunyi, "Sekretariat Program Road To Gold (RTG) hari ini bertemu dalam talian dengan Pasukan LZJ hari ini dan menyatakan bahawa Lee Zii Jia tidak akan menyertai program RTG.
"Dalam pertemuan tersebut, Pasukan LZJ diwakili oleh jurulatih Zii Jia, Wong Tat Meng dan Liew Daren serta kakak dan pengurusnya Lee Zii Yii, yang menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat selepas pertimbangan yang teliti dan perundingan dalaman yang mana Lee Zii Jia tidak memerlukan perkhidmatan tambah nilai yang ditawarkan oleh RTG.
"Pasukan LZJ telah memberi jaminan bahawa mereka akan terus bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan yang berkaitan seperti Kementerian Belia & Sukan, Majlis Olimpik Malaysia, Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara menjelang Sukan Olimpik Paris tahun hadapan."

[TERKINI]
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 14, 2023
Lee Zii Jia ambil keputusan tidak bersama Program ROAD TO GOLD.
Laporan selanjutnya dalam Nadi Arena jam 7.30 malam ini! ?#NadiArena #RoadToGold pic.twitter.com/jhdGyErhmQ
Dalam kenyataan dikeluarkan yang berbunyi, "Sekretariat Program Road To Gold (RTG) hari ini bertemu dalam talian dengan Pasukan LZJ hari ini dan menyatakan bahawa Lee Zii Jia tidak akan menyertai program RTG.
"Dalam pertemuan tersebut, Pasukan LZJ diwakili oleh jurulatih Zii Jia, Wong Tat Meng dan Liew Daren serta kakak dan pengurusnya Lee Zii Yii, yang menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat selepas pertimbangan yang teliti dan perundingan dalaman yang mana Lee Zii Jia tidak memerlukan perkhidmatan tambah nilai yang ditawarkan oleh RTG.
"Pasukan LZJ telah memberi jaminan bahawa mereka akan terus bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan yang berkaitan seperti Kementerian Belia & Sukan, Majlis Olimpik Malaysia, Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara menjelang Sukan Olimpik Paris tahun hadapan."
?LEE ZII JIA tidak akan lagi bersama dalam program RTG untuk persiapan ke temasya Olimpik Paris 2024@ASTROARENA pic.twitter.com/OXI5wo9jcZ
— Syifa Nasir (@syfansr) November 14, 2023