Skip to main content

Badminton

Zii Jia kongsi pengalaman di Basel

ziijia.jpg
"Mula fahami erti konsisten," itu yang dapat dipelajari perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia, ketika aksi menentang pemain nombor satu dunia, Kento Momota, dalam suku akhir Kejohanan Badminton Dunia minggu lalu.

Perjalanan perseorangan lelaki negara, Zii Jia dalam Kejohanan Dunia di Basel, Switzerland terhenti di peringkat suku akhir apabila tewas kepada pemain pilihan utama, Momota, 12-21, 8-21.

Dia yang pernah melakar kejutan dengan menundukkan bekas juara dunia serta pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio, Chen Long, dalam Terbuka Indonesia, gagal mengulangi pencapaian itu ke atas Momota yang juga pemain nombor satu dunia.

Bagaimanapun,  Zii Jia menganggap dia mendapat pengajaran paling berguna daripada perlawanan menentang Momota.

"Saya dapat berasakan masih terdapat jurang di antara kualiti permainan kami. Untuk berada di tahap yang sama dengan Momota, permainan yang lebih konsisten sangat diperlukan," katanya.

Skuad badminton negara bakal menyertai Terbuka Taiwan yang berlangsung bulan depan.

Advertisement

Must Watch Video