Skip to main content

Badminton

Zakry sudah jangka Arif-Roy King takluki Terbuka Macau

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zakry.jpg
Pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2009, Zakry Latif, sudah menjangkakan bahawa gandingan beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King, akan menakluki Kejohanan Badminton Terbuka Macau semalam.

Ini kerana gandingan itu mempamerkan peningkatan ketara daripada segi tempo dan intensiti permainan dalam setiap kejohanan sebelum ke Macau.

Tambahnya, taktikal bertahan dan smash tajam sebagai serangan balas ke penjuru gelanggang merupakan pendekatan paling tepat digunakan mereka ketika menewaskan lawan di ranking kelapan dunia dari Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Reza Pahlevi Isfahani, dalam aksi final.

"Untuk pasangan ini, sudah lama saya rasakan satu hari mereka akan meletup," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Mereka kini sudah membuktikannya di Macau, di mana mereka memiliki kelas tersendiri.

"Mereka menewaskan gandingan-gandingan terbaik dalam kelompok 10 teratas.

"Tetapi mereka tidak boleh cepat selesa dan tidak boleh berpuas hati.

"Mereka perlu memiliki keinginan lebih besar dan berusaha lebih kuat.

"Kerana mereka memiliki sesuatu dan dengan usaha berkenaan, mereka akan mendapat keputusan yang lebih baik.

"Saya harap mereka tidak sambil lewa. Saya pernah berada di posisi itu, di mana selepas memenangi kejuaraan, kita akan berasa mahu lebih santai.

"Jangan hentikan rentak, kalau boleh mereka perlu terus pergi lebih jauh," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video