Skip to main content

Badminton

WUG: Jacky Kok yakin keserasian kunci kem badminton hadirkan kilauan pingat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jacky.jpg
Perseorangan lelaki negara, Jacky Kok, bakal mengetuai skuad badminton negara dalam acara berpasukan, dengan dia turut yakin hubungan baik serta'bonding' bersama rakan sepasukan di luar gelanggang merupakan salah satu senjata buat pasukannya.

Selepas menjalani dua sesi latihan di venue pertandingan, Jacky lebih selesa berada di atas gelanggang dan ingin kekal fokus tanpa memikirkan tekanan untuk mempertahankan pingat gangsa yang diraihnya dalam acara berpasukan dalam edisi sebelum ini.

"Bagi saya ini bukan individu, jading kami perlu lakukan yang terbaik untuk Malaysia. Kami lakukan semua seperti makan bersama-sama, saya rasa sangat bagus untuk kejohanan akan datang nanti.

"Angin dalam gelanggang tak kuat, saya rasa kami boleh menyesuaikan diri dengan cepat. Jika kami berikan yang terbaik, semuanya boleh terjadi." katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video