Kem badminton negara meneruskan rentak kecemerlangan dengan membenam Perancis 3-0 di pusingan 16 terbaik Sukan Universiti Dunia (WUG) walaupun terpaksa bekerja keras.
Bermula dengan beregu campuran yang diturunkan berbeza daripada aksi kumpulan.
Kali ini gandingan Wee Yee Hern-Clarissa San tampil menyumbang mata pertama buat Malaysia selepas bertarung dalam aksi rubber game untuk kemenangan 15-13, 14-16, 15-12.
"Sangat gembira sebab dapat menyumbang satu mata buat negara," kata Clarissa.
"Ada beberapa kesilapan kerana angin yang kuat tapi kami akan perbaiki selepas ini," kata Yee Hern di Nadi Weekend.
Skrip yang sama juga berulang dalam perseorangan lelaki negara menerusi Jacky Kok Jing Hong yang diberi tentangan sengit Enogat Roy, namun memastikan mata kedua milik Malaysia 17-15,13-15, 15-9.
Momentum pasukan ini diteruskan dalam acara perseorangan wanita menerusi Wong Ling Ching walaupun terpaksa bermain dengan kecederaan pergelangan tangannya sehingga ke aksi penentuan, itu tidak memberi kesan kepadanya untuk menyumbang mata penting dengan kemenangan 15-10, 11-15, 15-13, sekali gus membawa Malaysia ke suku akhir.
"Sekarang, bukan mudah untuk bermain.
"Setiap pemain memiliki kelebihan tersendiri, kami hanya ikut apa yang diajar oleh jurulatih," kata Jacky Kok kepada wartawan Astro Arena, Fariha Razak.
"Semua pemain menampilkan permainan yang bagus," kata Ling Ching.

Clean sweep 3-0 daripada anak buah Datuk Rashid Sidek untuk sah mara ke suku akhir yang akan berlangsung Ahad, 1.30 pagi waktu Malaysia ???
— Fariha Razak (@farihaarazak) July 19, 2025
Yee Wern/Clarissa San (15-13, 14-16, 15-12) ✅
Kok Jing Hong (17-15, 13-15, 15-11) ✅
Wong Ling Ching (15-10, 11-15, 15-11) ✅… pic.twitter.com/jtTgAug5Bw