Wira negara, Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Lee Zii Jia terima kereta Chery TIGGO 7 Pro

Saufi Tahir
Ogos 22, 2024 16:00 MYT
Wira-wira olimpik negara, Aaron Chia, Soh Wooi Yik dan Lee Zii jia menerima sebuah kereta Chery dalam Majlis Penyerahan Kereta Chery selepas menyumbangkan pingat untuk negara dalam acara yang berlangsung di Puchong, hari ini.
Begitupun, perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, tidak dapat hadir untuk menerima kereta SUV model TIGGO 7 Pro daripada Chery.
Beregu negara, Aaron Chia-Soh Woi Yik, berjaya mempertahankan pingat gangsa acara badminton selepas menewaskan wakil dari Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen.
Zii Jia menewaskan wakil dari India, Lakshya Sen, untuk merangkul pingat gangsa pertama di temasya paling berprestij itu.

Tahniah Lee Zii Jia, Aaron- Wooi Yik... Hadiah kereta dari Chery yang dinanti- nantikan akhirnya tiba! Menurut pengurusnya, Zii Yii , LZJ difahamkan masih berada di Jepun selepas langkahnya terhenti pada pusingan awal susulan tewas kpd Alex Lanier dari Perancis. @ASTROARENA pic.twitter.com/fBuiyFOVQW

— Faizal Bazari (@faizalbazario) August 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terima kasih wira-wira negara!
#badminton #Lee Zii Jia #Sukan Olimpik #Aaron Chia #Soh Wooi Yik