WELCOME TO 'THE BANGMED SHOW'

BangMed
Oktober 9, 2024 21:23 MYT
Cita-cita untuk membawakan kisah atlet badminton negara kepada rakyat Malaysia mula terbit sejak kali pertama menjejakkan kaki ke Stadium Juara, Bukit Kira pada 2010.
Keghairahan melihat bintang terbaik dunia yang dilahirkan Malaysia pada waktu itu seperti Datuk Lee Chong Wei, Koo Kien Keat,Tan Boon Heong, Chin Ee Hui/Wong Pei Tty, termasuk sosok pelatih ikonik seperti Datuk Misbun Sidek dan Rexy Mainaky,ibarat disuntik dengan inspirasi.
Untuk 14 tahun bersama Astro Arena,saya menyelusuri cita-cita tersebut sehingga Badminton menjadi sebahagaian daripada keperibadian.
Dalam tempoh itu juga, saya turut menjadi saksi kepada pelbagai episod jatuh dan bangun atlet badminton negara dengan kemuncak setiap daripada kisah tersebut dimukatamadkan di tiga pentas Olimpik, Rio 2016, Tokyo 2020 dan Paris 2024.
Tiga kitaran Olimpik juga menyaksikan perubahan generasi yang memimpin Badminton Malaysia, saya memulakan pengembaraan kerjaya pada waktu Chong Wei di kemuncak dunia sehingga hari gelap persaraan legenda itu dan kini berada dalam era diteraju Juara Dunia sulung dari Malaysia, Aaron Chia Soh & Wooi Yik serta Profesional yang menggoncang Dunia, Lee Zii Jia.
Menjadi perantara kepada kisah pengorbanan atlet Badminton bermula dengan keringat mereka di sesi latihan dan emosi terkandung mereka kepada rakyat Malaysia daripada tepi gelanggang-gelanggang kejohanan seperti Olimpik adalah satu penghormatan buat saya.
Penghormatan yang banyak mengajar dan mendewasakan saya sehingga digelar BangMed dikalangan kalangan keluaraga besar Badminton negara.
Selepas 14 tahun, tercapai satu lagi impian buat saya, untuk Malaysia memiliki sebuah rancangan Seratus Peratus eksklusif buat Badminton Malaysia diterbitkan khas oleh Astro Arena.
Rancangan yang akan membawakan bicara hati ke hati serta platform untuk menggerak diskusi membabitkan Badminton Malaysia.
BangMed ingin mengajak anda untuk lebih dekat dengan atlet, jurulatih dan penyokong yang mewarnai sukan ini menerusi sebuah medium berbentuk "Podcast" dan "Talk Show" untuk enam episode pertama dalam musim sulung rancangan ini.
Bermula 14 Oktober 2024.
Welcome to 'The BangMed Show'
#badminton #THE BANGMED SHOW
;