Skip to main content

Badminton

Viktor Axelsen bercerai selepas empat tahun berumah tangga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

axel.jpg
Pemain perseorangan lelaki Denmark, Viktor Axelsen, menerusi perkongsian di laman X berkongsikan rumah tangganya menemui penghujung selepas berpisah bersama isterinya iaitu Natalia Koch Rohde selepas empat tahun perkahwinan.

Pemenang emas dua kali Sukan Olimpik itu mendirikan rumah tangga pada 2021 dan dikurniakan dua orang anak perempuan. 

Terdahulu, pemain berusia 30 tahun itu mengumumkan penarikan diri daripada Kejohanan Dunia BWF 2025 bagi menjalani proses pemulihan daripada pembedahan kecederaan ketika tersingkir dalam pusingan pertama Kejohanan Seluruh England pada Mac lalu.


 


"Hidup tidak selalu berjalan seperti yang kita rancang. Natalia dan saya telah memutuskan untuk berpisah secara baik.

"Fokus utama kami adalah buat kedua anak perempuan kami yang luar biasa dan menjadi ibu bapa terbaik bat mereka sepanjang waktu yang sukar ini.

"Kami mohon agar semua orang menghormati privasi kami" katanya.

Untuk rekod, Axelsen menjuarai Kejohanan Dunia pada 2017 dan 2022.
Yonex Badminton

Raket Badminton Baru, Smash Lebih Padu

Ringan, seimbang & tahan lasak — raket ni sesuai untuk training mahupun perlawanan. Bagi keyakinan setiap kali melangkah ke gelanggang.


Grab Sekarang

Advertisement

Must Watch Video