Skip to main content

Badminton

(Video) Tular: Aksi 'terbang-terbang' Tang Jie-Ee Wei kembali disiarkan BWF menjelang Piala Sudirman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tang-jie-ee-wei.jpg
Potongan video aksi menarik beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, dalam separuh akhir Piala Sudirman 2023, yang pernah tular satu ketika dulu, kembali disiarkan di laman sosial rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) malam tadi.

Ketika itu, Tang Jie dan Ee Wei berdepan gandingan Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yu Jung, di mana mereka beberapa kali menerbangkan badan untuk menyelamatkan bulu tangkis dan berkesudahan memperoleh mata.

Malaysia bagaimanapun tewas 1-3 kepada Korea Selatan untuk berpuas hati dengan pingat gangsa.

Skuad negara akan memulakan saingan Piala Sudirman 2025 dengan menentang Perancis di Xiamen, China pada Isnin ini.

Video:

Advertisement

Must Watch Video