BADMINTON

Undi: mampukah Malaysia pertahan gelaran BATC tanpa Zii Jia, Tze Yong dalam final?

Muzaffar Musa 18/02/2024 | 05:32 MYT
Skuad badminton lelaki negara berdepan tamparan besar menjelang final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) menentang China di Shah Alam petang ini.
Ini selepas dua perseorangan utama, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong, tidak dapat diturunkan dalam penentuan berkenaan.
Lee Zii Jia dilaporkan kembali mengalami masalah pernafasan manakala Ng Tze Yong pula masih bergelut dengan kecederaan otot belakang.
Peminat badminton negara, anda rasa mampukah skuad negara memenangi penentuan penting itu tanpa dua tonggak berkenaan?
Undi di sini:
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#badminton #Lee Zii Jia #Kejohanan Badminton Berpasukan Asia #Ng Tze Yong #BATC
;