Skip to main content

Badminton

Tunjukkan kemahiran badminton anda dan rebut peluang berlatih di Thailand bersama Astro Kem Badminton 2025!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

akb25-kv_1920x1080_fa2.jpg

Sertai kami di Astro Kem Badminton 2025 (AKB 2025) di 4 lokasi terpilih.

AKB 2025 kembali lagi—dengan empat lokasi di seluruh Malaysia dan peluang untuk pemain terbaik menyertai kem latihan serantau di Thailand!

AKB 2025 akan terus mencari bakat-bakat tersembunyi di seluruh Malaysia, dengan lokasi di Sabah, Johor, Pulau Pinang dan Selangor. Pemain lelaki dan perempuan berumur 10 hingga 12 tahun berpeluang menyertai program pembangunan bakat ini.

Pemain terbaik dari keempat-empat lokasi ini akan dipilih untuk menyertai  Kem Pemilihan di Kuala Lumpur. Ini adalah peluang anda untuk menyertai kem selama lima hari, di mana anda akan merasai latihan intensif bertaraf profesional, bertemu pemain dan lagenda negara, menerima tunjuk ajar daripada jurulatih jemputan, dan berpeluang bertemu bakat-bakat Astro.

Lebih menarik, AKB tahun ini memperkenalkan satu keistimewaan baharu: peserta terbaik dari Kem Pemilihan di KL akan dipilih untuk menyertai lawatan latihan serantau pertama kami di Thailand!  Rasai pengalaman berlatih bersama jurulatih terbaik di Thailand selama seminggu.

Jadi, tunggu apa lagi? Sertai kami sekarang!

Cara untuk SERTAI:

Butiran:

  • 5 – 6 Julai – Olympia Badminton Arena, Kota Kinabalu, Sabah
  • 12 – 13 Julai – Daiman Sports Complex, Taman Johor Jaya, Johor Bahru
  • 19 – 20 Julai – Dewan Badminton Berapit, Pulau Pinang
  • 25 – 27 Julai – SLK Sports Centre Batu Caves, Selangor
Daftar secara PERCUMA:

Daftar di sini: Borang Pendaftaran

ATAU

Imbas kod QR untuk pendaftaran



AKB 2025
Nikmati pengalaman yang menyeronokkan sambil belajar dan bermain, serta berpeluang dipilih untuk menyertai Lawatan Serantau kami! Untuk maklumat lanjut mengenai AKB 2025, layari media sosial rasmi kami di Instagram: Astro Kasih
#kembadminton

Advertisement

Must Watch Video