Atlet skuasy negara, Aira Azman, muncul juara saingan Trofi Tuanku Muhriz 2024 apabila mengatasi wakil Hong Kong, Chan Sin Yuk 11-9, 11-9, 11-9.

Aira yang memperoleh bye di pusingan pertama, membawa cabaran ke pentas final selepas mengatasi rakan senegara Ainaa, Amani di separuh akhir manakala lawannya, Sin Yuk, ke final selepas menyingkirkan wakil negara, Aifa Azman.

Dalam pertembungan yang sengit, Aira menang 11-9 dalam tiga set.

Bagi acara lelaki, Addeen Idrakie menamatkan saingan di separuh akhir apabila tewas kepada wakil Hong Kong dan juga naib juara, Lau Tsz Kwan.