BADMINTON

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia

Najmi Iman 28/01/2025 | 00:33 MYT
Dua wakil negara yang berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia berhasil memperbaharui kedudukan ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas mempamerkan kecemerlangan menawan Istora Senayan, minggu lalu.
Gandingan beregu ketiga negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12 susulan mara ke final kejohanan bertaraf super 500 itu.
Lebih manis, Man-Tee turut merangkul kejuaraan pertama musim ini menundukkan wakil tuan rumah, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, sekali gus membawa pulang US$37,525 (RM164,285) sebagai hadiah utama.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, sensasi Pearly Tan-M. Thinaah turut menjadi tumpuan apabila menduduki ranking kelima dunia berbanding dua anak tangga musim ini dengan pungutan 78220 mata.
Begitupun, pasangan beregu wanita nombor satu negara itu hampir meraih gelaran keempat sepanjang karier mereka selepas Terbuka Swiss, Terbuka Perancis dan Terbuka Hong Kong, tahun lalu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong menghantui Pearly-Thinaah untuk minggu kedua berturut-turut apabila mengungguli Masters Indonesia, minggu lalu.
#badminton #Man Wei Chong-Tee Kai Wun #Masters Indonesia #Pearly Tan-M. Thinaah
;