BADMINTON
Toh Ee Wei sudah kembali jalani latihan intensif di ABM
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, dilaporkan sudah kembali cergas dan menjalani latihan intensif di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
Ee Wei sebelum ini menerima 16 jahitan gara-gara terkena sepihan kaca selepas tergelincir sewaktu melakukan latihan kecergasan di ABM hujung bulan lalu.
Nasibnya baik apabila serpihan kata itu terkena di lengan kirinya dan bukan tangan dominannya di sebelah kanan.
Iklan
Kecederaan itu memaksa Ee Wei dan pasangannya, Chen Tang Jie, menarik diri daripada Terbuka Denmark dan Terbuka Finland bulan ini.
"Ini merupakan kali pertama kami tidak menyertai dua perlawanan berturut-turut tetapi saya rasa ia sesuatu yang baru buat kami dan kami perlu melaluinya," katanya kepada wartawan Astro Arema, Zaki Zainal.
"Kami harap dapat melakukan yang lebih baik dalam kejohanan ke depan.
"Jika anda tanyakan mengenai kejohanan, buat masa ini kami hanya teruskan berlatih dan melihat keadaan kami terlebih dahulu.
"Kami akan menilai kejohanan mana yang akan kami sertai nanti," katanya.
Must-Watch Video