BADMINTON

Tiga perkara boleh hancurkan gandingan The Little Gangsters - Datuk Razif Sidek

Zaki Zainal 27/03/2025 | 08:09 MYT
Legenda badminton negara, Datuk Razif Sidek merungkai isu melibatkan pertelingkahan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, adalah disebabkan oleh faktor peribadi, luaran, dan komunikasi yang lemah.
Selain itu, dia juga tidak menolak keperluan bimbingan pakar psikologi dalam membantu pemain beregu menyelesaikan masalah sesama mereka.
Menurutnya, ini bukanlah kali pertama perkara sebegini berlaku. Pasangan lain seperti Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani serta Koo Kien Keat-Tan Boon Heong juga pernah mengalami haluan berbeza dalam karier mereka.
Bagaimanapun, Razif menegaskan bahawa solusi terbaik adalah dengan bersemuka dan kedua-dua pemain perlu bersikap profesional di gelanggang serta berhenti menyalahkan kesilapan satu sama lain.
Datuk Razif turut berpendapat bahawa pasangan ini tidak wajar dipisahkan dan mereka perlu menyelesaikan masalah serta kembali fokus dalam misi mengharumkan nama negara.
“Dari segi ialah mungkin kawan-kawan yang terdekat daripada mereka ini yang mengatakan dia ini begini-begini dan selepas itu cerita belakang. Perkara itu biasa bagi saya.
“Jadi kita harus faham apakah kepentingan kita? Kita main badminton sebenarnya untuk apa?
“Jangan ikut sedap kita sebab kita pun boleh buat silap, tapi silap kita, kita diamkan. Cuba anda punya silap saya bising mestilah tak boleh terima kan?
“Sekarang ini kita berganding untuk menang, bukan nak cari kita punya kesalahan, awak punya kesalahan, kita nak menang.
“Jadi bagaiman kita mahu lakukan? Komunikasi itu penting dan langkah-langkah itu penting. Dekat luar anda nak pergi mana sekalipun, suka hati andalah kita tidak mahu ganggu, katanya ketika ditemubual oleh wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
#badminton #Wei #Chen Tang Jie #Ee #Toh #Gangters #Little