Skip to main content

Badminton

Tidak sihat sebelum ke Paris, ada aura istimewa pacu Ee Wei bergelar juara dunia bersama Tang Jie

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

toh-ee-wei.jpg
Meskipun tidak berada dalam kondisi kesihatan terbaik seminggu sebelum ke Kejohanan Dunia BWF di Paris, ia tidak menghalang pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei, untuk berjuang bersama Chen Tang Jie dalam bergelar juara dunia pertama negara menerusi kategori itu.

Dengan mengimbau insiden perpisahan mereka berdua, Ee Wei turut berkata detik istimewa bergelar juara dunia tidak akan tiba sekiranya mereka tidak mengambil keputusan untuk kembali berjuang bersama.

Ee Wei juga berkongsi, terdapat satu aura berlainan dirasainya bersama Tang Jie ketika dalam aksi final, dengan fokus utama mereka untuk menundukkan pasangan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin.

"Sewaktu masuk ke dalam gelanggang, perasaannya sudah berbeza. Mungkin kerana ia Kejohanan Dunia dan semua pemain mahu memenanginya buat negara. Ketika itu, Tang Jie memang sudah bersemangat luar biasa dan dia mendorong saya untuk turut bersemangat sepertinya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam

"Dan komunikasi yang menjadi membantu kami sepanjang perlawanan itu. Saya amat berterima kasih kepada jurulatih kerana benar-benar mempercayai saya dan pasangan saya.

"Hari final juga jatuh pada Hari Merdeka, jadi kami mencuba sedayanya untuk mendapatkan gelaran itu."
 

Advertisement

Must Watch Video