Tat Meng tampil memberikan penjelasan mengenai berita tersebut dengan mendedahkan dia akan mengusahakan sebuah akademi badminton bersama rakan karibnya, Asok Boopathy, di Sydney, Australia.
"Tiada. Mereka sudah dimaklumkan bahawa saya tidak akan meneruskan kontrak di mana-mana.
"Kenneth sudah berada di sana. Sudah tentu saya tidak diperlukan untuk melatih skuad senior.
Wong Tat Meng nafi terima sebarang tawaran sebagai jurulatih dari BAM.
— Faizal Bazari (@faizalbazario) December 26, 2024
Selepas ini, dia akan berlepas ke Sydney Australia 23 Januari depan bagi mengusahakan sebuah kelab dengan nama Roketto bersama rakan karibnya, Asok Boopathy. @ASTROARENA pic.twitter.com/8XulypPdCy
"Saya akan membantu kawan saya menyediakan satu akademi badminton.
"Boleh dikatakan saya akan menghabiskan masa di sana sebelum benar-benar bersara," katanya di Nadi Arena.
Dalam masa sama, pengendali berusia 57 tahun itu turut berkongsi keadaan terkini kecederaan buku lali yang dialami perseorangan profesional negara ketika aksi Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebelum ini.
"Ada peningkatan yang baik, namun masih ada bengkak tetapi tidak begitu sirius," tambahnya.