BADMINTON
Tidak berputus asa, Goh V Shem bentuk gandingan bersama pemain Korea Selatan
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem, bakal membuat penampilan semula di pentas antarbangsa dengan menyasarkan musim 2025 sebagai tahun kebangkitan.
Tanpa disangka-sangka, pemain dari Korea Selatan, Choi Sol-gyu, bakal bergandingan bersama V Shem dengan Kejohanan Badminton Masters Thailand sebagai permulaan kepada era beregu lelaki itu bermula 28 Januari ini.
Sol-gyu tersingkir daripada Persatuan Badminton Korea (KBA) berikutan masalah disiplin sebelum terbang ke Malaysia untuk membentuk pasukan bersama V Shem di bawah penaja yang sama.
Iklan
"Di Malaysia, kurang gandingan yang tersedia dalam sektor profesional. Kami tidak boleh bergabung dengan skuad kebangsaan.
FeiDin sambut baik tawaran sertai RTG, sedia untuk berbincang dengan YB Hannah Yeoh!๐ธ๐ฒ๐พJuga pasangan Malaysia-Korea Selatan akan terbentuk โ Goh V Shem dan Choi Sul Gyu bakal buat penampilan kali pertama di bumi Thailand!๐ฅ๐Lanjut di Nadi Arena, 7.30 malam!@ASTROARENA pic.twitter.com/CRN9DdE94tโ ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) January 22, 2025
"Sol-guy juga sudah keluar daripada kem negaranya. Jadi, kami bersetuju untuk membentuk gandingan bermula hujung bulan ini.
"Buat masa sekarang, dia boleh berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris yang mudah. Saya berpendapat itu tidak akan menjadi masalah.
"Selepas saya berpecah dengan Tan Wee Kiong, saya belum berputus asa dan mahu kembali mencapai tahap tertinggi seperti sebelum ini.
"Saya perlu menunggu beberapa tahun," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
Must-Watch Video