Beregu wanita negara, M. Thinaah, enggan terlalu berpuas hati dengan prestasi semasa usai menjuarai Kejohanan Badminton Masters Jepun 2025 bersama gandingannya Pearly Tan semalam.
Terdahulu, mereka menjuarai Terbuka Arctic di Finland dan Terbuka Thailand, sensasi Pearly Tan-M. Thinaah berterusan selepas mengungguli satu lagi kejohanan bertaraf Super 500 di Kumamoto, Jepun.
Advertisement
Mereka mendakap gelaran ketiga Pearly dan Thinaah musim ini itu selepas menewaskan wakil tuan rumah, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, menerusi aksi straight set.
#KumamotoMasters2025
— BAM (@BA_Malaysia) November 16, 2025
WD | FINALS#MAS?? Pearly Tan-Thinaah Muralitharan 1️⃣ def. #JPN?? Rin Iwanaga-Kie Nakanishi 4️⃣ 22-20 21-19
⏱️ 54m
Tahniah Pearly–Thinaah! ?? ? pic.twitter.com/epzFtg1Nqx
"Kami sangat gembira dengan kemenangan ini, tetapi masih banyak perkara yang kami perlu belajar dan perbaiki.
"Untuk sekarang kami mahu meraikan kejayan ini dan fokus pada kejohanan akan datang." katanya.
