Skip to main content

Badminton

Terkini: Toh Ee Wei terima 16 jahitan susulan kecederaan ketika latihan di gimnasium

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ee_1.jpg
Pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menerima 16 jahitan akibat mengalami kecederaan di lengan kirinya semasa sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM). 

Kemalangan tersebut berpunca selepas Ee Wei tergelincir ketika melakukan senaman di gimnasium, sekali gus akan menarik diri daripada menyertai Terbuka Denmark, bulan depan. 

 
Juara Terbuka Korea itu dikejarkan ke hospital dan sedang dipantau rapi bagi mengetahui status pemulihannya.

"Ee Wei memerlukan beberapa jahitan dan tidak akan bermain dalam beberapa kejohanan akan datang," kata Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky.
 

Advertisement

Must Watch Video