Skip to main content

Badminton

(Terkini) Terbuka Singapura: Aaron Chia-Wooi Yik dinobat juara, rangkul gelaran ketiga musim ini!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron.jpg
Misi beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, memburu kejuaraan ketiga musim ini tercapai selepas menumbangkan lawan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, sebentar tadi.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura itu berakhir dalam tempoh 1 jam lima minit menerusi aksi rubber set 15-21,21-18, 21-19. 

Set pertama menyaksikan wakil negara yang merupakan pilihan ketiga kejohanan itu terpaksa akur apabila tewas 15-21 dalam tempoh 17 minit selepas kerap terperangkap dalam permainan di hadapan jaring.

Begitupun, set kedua berlansung sengit dengan kedua-dua pasukan saling berkejaran mata, namun kelebihan berpihak kepada Aaron-Wooi Yik, dengan kemenangan 21-18 untuk mengheret pihak lawan yang merupakan pilihan kelima kejohanan itu ke set penentuan.

Meskipun menerima saingan sengit, namun anak buah Herry Iman Pierngadi terus konsisten dengan momentum permainan yang kemas untuk menewaskan Won Ho-Seung Jae, 21-19 sekali gus menoktahkan kejuaraan ketiga musim ini.
 

Advertisement

Must Watch Video