Terkini Piala Thomas: Leong Jun Hao pamer semangat juang tinggi sebelum tewas (MAS 1 CHN 2)
Muzaffar Musa
Mei 4, 2024 19:47 MYT
Mei 4, 2024 19:47 MYT
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mempamerkan semangat juang tinggi walaupun tewas kepada pemain tuan rumah, Li Shi Feng, dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu sebentar tadi.
Keputusan itu menyaksikan China kembali mendahului Malaysia 2-1.
Jun Hao, yang berada di ranking ke-37 dunia, turun berdepan lawan di ranking keenam dunia tetapi kelihatan dapat mengisi jurang berkenaan dengan semangat yang dipamerkannya.
Bahkan, dia pada satu ketika mendahului 8-2 tetapi kemudian membenarkan lawan mendahului 11-10 sebelum tewas 17-21 dalam set pertama
Bagaimanapun, tidak banyak dapat dilakukan Jun Hao dalam set kedua untuk akur tewas 21-10 selepas secara keseluruhan bertarung selama 46 minit.