Skuad badminton negara di ambang penyingkiran dalam suku akhir Piala Sudirman apabila perseorangan lelaki, Leong Jun Hao, tidak dapat menyaingi pemain nombor satu dunia dari China, Shi Yu Qi.
Selepas beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, tumpas dalam aksi pembukaan, tekanan besar jelas dipikul Jun Hao untuk mendapatkan mata pertama negara.
Ia menyaksikan pemain di ranking ke-26 dunia itu tewas mudah 6-21 dalam set pertama.
Tidak banyak dapat dilakukan Jun Hao bagi merencanakan kebangkitan dalam set kedua, di mana dia hanya dapat bertahan selama 38 minit sebelum tewas 14-21.
Cabaran negara seterusnya akan dipikul perseorangan wanita, K. Letshanaa, yang akan berdepan pemain nombor tujuh dunia, Chen Yu Fei.