Skip to main content

Badminton

(Terkini) Piala Sudirman: Kejutan berlaku! Leong Jun Hao tumbangkan Kodai Naraoka!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

leong-jun-hao_1.jpg
Kejutan berlaku dalam saingan Kumpulan C, Piala Sudirman apabila perseorangan negara, Leong Jun Hao, menumbangkan bintang utama Jepun, Kodai Naraoka, di Xiamen, China sebentar.

Kemenangan itu memberikan mata kedua buat Malaysia selepas beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, turut memperoleh kemenangan.

Dalam set pertama Jun Hao mencipta kejutan apabila mempamerkan pengasaan penuh hingga pada satu ketika mendahului 10-1 sebelum meraih kemenangan mudah 21-8.

Bagaimanapun, Naraoka mula menunjukkan belang sebenarnya dalam set kedua untuk menang 21-13 bagi mengheret aksi ke set penentuan.

Biarpun ketinggalan pada awal set penentuan, Jun hao mula mengejar pada pertengahan aksi tetapi Naraoka kemudian kembali menyamakan kedudukan 12-12.

Akan tetapi, Jun Hao mula mengeluarkan senjata utamanya, iaitu siri pukulan smash kencang menuju ke penghujung aksi, yang tidak dapat dikekang Naraoka, sekali gus memberikan kemenangan 21-18 buat pemain negara itu selepas secara keseluruhan bertarung selama sejam dan enam minit.

Cabaran negara seterusnya akan digalas Goh Jin Wei, yang akan menentang Tomoka Miyazaki dalam acara perseorangan wanita.

 

Advertisement

Must Watch Video