Jepun merapatkan kedudukan dengan Malaysia kepada 2-1 dalam perlawanan terakhir Kumpulan C, Piala Sudirman apabila perseorangan wanita negara, Goh jin Wei, tewas secara set langsung kepada Tomoka Miyazaki di Xiamen, China sebentar tadi
Terdahulu, Malaysia mendahului 2-0 hasil kemenangan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, dan perseorangan lelaki, Leong Jun Hao.
Dalam set pertama, Jin Wei tidak lagi dapat mendahului lawan itu selepas memperoleh mata pertama sebelum akur tewas mudah 14-21.
Skrip hampir sama berlaku dalam set kedua, di mana pemain negara itu bergelut untuk menyaingi rentak lawan, sekali gus terpaksa menerima kekalahan 17-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama 38 minit
Beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, akan menggalas cabaran negara seterusnya dengan berdepan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.