Beregu nombor satu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, memperoleh gelaran pertama bagi tahun 2025 selepas dinobatkan juara Terbuka Thailand 2025 di Stadium Nimibutr, sebentar tadi.
Wakil negara yang turun selaku pilihan pertama kejohanan menepati sasaran apabila menewaskan wakil Korea Selatan, Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo, dengan kemenangan straight set, 21-16, 21-17 dalam tempoh 57 minit.
Set pertama menyaksikan wakil negara bergelut pada awal permainan dengan rally panjang memaksa Pearly Tan kerap melakukan kesilapan mudah.
Namun, selepas terikat 11-11 mereka kembali mendapatkan rentak dengan kemenangan 21-16.
Lawan di ranking ke-105 dunia itu cuba mengheret wakil negara ke aksi penentuan dalam set kedua, namun Pearly-Thinaah kembali memperkemaskan corak permainan sekali gus melengkapkan status juara dalam kejohanan yang bertaraf Super 500 itu.
Selepas ini, wakil beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, pula akan turun membuat perhitungan berdepan lawan dari Denmark, William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer, bagi memburu gelaran kedua tahun ini.