Skip to main content

Badminton

TERKINI Paris 2024: Kejutan berlaku, pilihan pertama tewas di tangan Kunlavut Vitidsarn

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kun.jpg
Arena Porte de La Chapelle bergema apabila menyaksikan kejutan berlaku di pusingan suku akhir membabitkan perseorangan pertama Thailand, Kunlavut Vitidsarn, menewaskan pilihan pertama Sukan Olimpik Paris, Shi Yuqi, sebentar tadi.

Pemain yang berada di ranking kelapan dunia itu tidak mengambil masa yang lama untuk memenangi set pertama 12-21 selepas mempamerkan aksi memukau sehingga membuatkan peminat tempatan tergamam melihat permainan bertenaganya.


 
Kunlavut terus memperaga saingan berkualiti untuk menundukkan perseorangan pertama China itu dalam tempoh 21 minit dengan kemenangan straight set sekali gus melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir. 

Advertisement

Must Watch Video