TERKINI Paris 2024: Aaron Chia-Soh Wooi Yik hadiahkan Malaysia pingat pertama

Saufi Tahir
Ogos 4, 2024 22:16 MYT
Tempoh 74 minit yang diperlukan oleh beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi, untuk menambah koleksi pingat serta menyumbangkan pingat gangsa pertama selepas menewaskan Anders Rasmussen-Kim Astrup, dalam aksi rubber set 16-21,22-20,21-19 di Porte de La Chapelle Arena, sebentar tadi.
Set pertama menyaksikan kedua-dua pasangan saling berkejaran mata dengan dengan Anders Rasmussen-Kim Astrup agresif dari aspek serangan.
Walaupun pasangan negara cuba merapatkan jurang mata tetapi sudah terlambat mengejar untuk memberikan Denmark kemenangan dalam set pertama 21-16 dalam masa 21 minit.
Wakil negara kembali bangkit mendahului dalam pertengahan set kedua walaupun pemain pilihan ke dua itu mendominasi terlebih dahulu.
Momentum cemerlang itu diteruskan walaupun beregu Denmark itu terlebih dahulu sampai ke 'match point', tetapi pemain negara kembali bangkit untuk melakar kemenangan 22-20 dan mengheret Anders Rasmussen-Kim Astrup ke set penentuan.

❤️???#KitaSemuaTeamMAS @ASTROARENA pic.twitter.com/PNgkVS6KHV

— Shahrazad Sani (@shahrazadsani) August 4, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Aksi bermula sengit apabila kedua-dua beregu terikat 17-17 dalam penghujung set penentuan, tetapi wakil negara memberikan aksi menyerang lebih kemas untuk meraih kemenangan 21-19 sekali gus menyumbang pingat gangsa pertama buat negara.
Dengan kemenangan itu menyaksikan Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya mempertahankan pingat gangsa yang dimenanginya dalam edisi Tokyo 2020.
Seorang lagi wakil negara, Lee Zii Jia, bakal turun esok dalam perebutan pingat gangsa selepas tewas kepada wakil Thailand Kunlavut Vitidsarn petang tadi.
#Aaron Chia #Paris 2024 #Soh Woi Yik #Anders Rasmussen #Kim Astrup
;