TERKINI: Gregoria Mariska Tunjung menang pingat gangsa badminton perseorangan wanita tanpa aksi penentuan
Afiq Azfar
Ogos 4, 2024 19:53 MYT
Ogos 4, 2024 19:53 MYT
Pemain badminton perseorangan wanita Indonesia, Gregoria Mariska Tunjung sah berjaya meraih pingat gangsa badminton perseorangan wanita Sukan Olimpik Paris 2024.
Mariska Tunjung secara muktamad akan dikalungkan pingat gangsa setelah pemain perseorangan wanita Sepanyol, Carolina Marin menarik diri saat beraksi di perlawanan separuh akhir menentang He Bing Jiao dari China.
Beliau yang tewas dalam satu lagi aksi separuh akhir di tangan pemain pilihan pertama dari Korea Selatan, An Se Young dijadualkan untuk beraksi dalam penentuan pingat gangsa, menanti sama ada Carolina Marin atau He Bing Jiao.
Namun, Marin yang terpaksa menarik diri akibat kecederaan lutut terpaksa menarik diri daripada kejohanan Olimpik ini menyaksikan secara automatik Mariska Tunjung bergelar pemenang pingat gangsa.
Ini menyaksikan Mariska Tunjung merupakan atlet pertama yang menyumbangkan pingat bagi kontinjen Indonesia bagi edisi Sukan Olimpik kali ini.
Perlawanan penentuan pingat emas badminton perseorangan wanita dijadualkan pada Isnin, 5 Ogos jam 4:55 petang.
INDONESIAN MEDALISTS IN #Paris2024 Medali pertama untuk Indonesia! Congratulations to Gregoria Mariska Tunjung for winning the bronze medal in badminton!#Badminton - Women's Singles ? [TBD] ? [TBD] ? Gregoria Mariska Tunjung (INA) pic.twitter.com/OkX2BsGnr8
— Badminton Talk (@BadmintonTalk) August 4, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.