Bekas jurulatih perseorangan negara, Wong Tat Meng, dilaporkan sedang berada dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua motosikal di Sydney, Australia hujung minggu lalu.
Menurut laporan, dua buah motosikal bertembung di Putty Road, Garland Valley dan salah seorang penunggang dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Laporan berkenaan juga memaklumkan seorang lagi penunggang berusia 58 tahun dikejarkan ke New South Wales oleh pasukan perubatan dalam keadaan kiritkal.
Individu berkenaan dilaporkan merupakan bekas jurulatih kepada perseorangan negara, Lee Zii Jia, iaitu Tat Meng.
Tat Meng kini difahamkan berada dalam unit rawatan rapi (ICU) dalam keadaan kritikal.
Sebagai rekod, Tat Meng merupakan individu yang bertanggungjawab membantu Zii Jia meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris tahun lalu.
Pilih Raket Anda

? Doakan kesembuhan buat Coach Wong Tat Meng, bekas jurulatih Lee Zii Jia (gangsa Olimpik Paris), yang kini bertarung nyawa selepas kemalangan motosikal di Sydney.
— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) September 11, 2025
Semoga beliau terus kuat & segera pulih.
Berita lanjut menyusul. #BadmintonFamily #PrayForWTM@ASTROARENA pic.twitter.com/wScdiF5kkD

Badminton Untuk Semua Generasi
Daripada rekreasi ke kejohanan, raket badminton selesa ini teman terbaik di gelanggang.
Pilih Raket Anda