Beregu badminton muda negara Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Yap Roy King menampilkan persembahan bertenaga apabila mengesahkan slot ke pusingan 16 Terbuka Thailand, sebentar tadi.

Wan Arif-Roy King mara selepas menjinakkan wakil Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han dalam penentuan tiga set yang belangsung selama 63 minit.

Dalam masa sama, pasangan beregu muda baru, Goh Boon Zhe-Beh Chun Meng dan beregeu berpengalaman, Azrin Ayub-Tan Wee Kiong, masing-masing terpaksa akur dengan kekalahan selepas pihak lawan mudah mengetepikan saingan dari kedua pasangan beregu negara itu.