Terbuka Thailand: Leong Jun Hao padam kesilapan set pertama
Shaiful Shamsudin
Mei 15, 2024 16:22 MYT
Mei 15, 2024 16:22 MYT
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mengatasi rintangan pemain Taiwan, Su Li Yang, untuk menempah tempat ke pusingan 16 Terbuka Thailand, sebentar tadi.
Jun Hao yang dipisah tujuh anak tangga dengan pemain di ranking ke-30 itu perlu bekerja keras selepas bermula hambar dalam set pertama.
Dia membenarkan mendahului sejak awal pertarungan sebelum merakamkan kemenangan 14-21.
Namun, situasi itu memacu kembali semangat yang beraksi baik dalam Piala Thomas di Chengdu, bulan lalu, dengan mencipta kemenangan 21-15.
Kajayaan memungut enam mata berturut-turut telah membuka ruang buat Jun Hao meneruskan momentum selepas ketinggalan 1-3.
Situasi itu dimanfaatkannya untuk mengakhiri permainan 21-17.