BADMINTON
Terbuka Thailand: Lee Zii Jia tamat kemarau kejuaraan atasi Angus Ng
Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Thailand dengan menewaskan jaguh Hong Kong, Angus Ng Ka Long dalam perlawanan akhir di Bangkok sebentar tadi.
Zii Jia, bagaimanapun, bermula perlahanan, di mana dia sentiasa berada di belakang dalam set pertama tetapi ketika ketinggalan 5-7, dia meraih 11 mata berturut-turut untuk mendahului 16-7 sebelum menang 21-11.
Momentum itu kemudian diteruskan pemain di ranking ke-10 dunia itu dengan 12-4 sebelum menoktahkan kemenangan 21-10 untuk bergelar juara selepas bertarung selama 33 minit.
Iklan
Sebagai rekod, kali terakhir Zii Jia memenangi gelaran ialah dalam Kejohanan Terbuka Finland di Vantaa pada Oktober tahun lalu.
Must-Watch Video