Terbuka Thailand: Langkah Jun Hao terhenti di tangan Kunlavut Vitidsarn
Najmi Iman
Mei 16, 2024 15:35 MYT
Mei 16, 2024 15:35 MYT
Pemain perseorangan negara, Leong Jun Hao, gagal melepasi halangan daripada juara dunia, Kunlavut Vitidsarn, selepas menyajikan perlawanan yang mendebarkan, sebentar tadi.
Bagaimanapun, pemain perseorangan Thailand itu perlu menempuh cabaran dari Jun Hao apabila terpaksa bermain secara tiga set sebelum menoktahkan kemenangan ke atas Jun Hao.
RESULTS: #ThailandOpen2024 R16#THA?? Kunlavut Vitidsarn(4) def. #MAS?? Leong Jun Hao 20-22 21-14 23-21#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/Hr12VPB4OV
— BAM (@BA_Malaysia) May 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jun Hao yang dipisah 29 anak tangga dengan pemain di ranking ke-8 itu perlu mengakui kehebatan pemain perseorangan Thailand itu yang bangkit mengatasinya dalam set kedua dan mengheret permainan hingga set ketiga.