Skip to main content

Badminton

Terbuka Thailand: Empat wakil negara ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lee-zii-jia.jpg
Empat wakil negara mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menewaskan lawan masing-masing di Impact Arena, Bangkok hari ini.

Perseorangan utama, Lee Zii Jia, yang turun selaku pilihan keenam kejohanan, meneruskan rentak cemerlangnya untuk menewaskan pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito, 21-10, 14-21, 21-16 dalam masa 56 minit.

Turut meneruskan kemaraan adalah perseorangan profesional veteran, Liew Daren, yang menewaskan wakil China, Zhao Jun Peng, 21-10, 19-21, 21-19.

Bagaimanapun, kedua-dua perseorangan lelaki negara itu akan bertemu sesama sendiri bagi merebut tempat ke final.

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Shoh Wooi Yik -- juga turun selaku pilihan keenam -- mencipta kejutan apabila menyingkirkan gandingan pilihan kedua dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin, 21-17 21-10 untuk bertemu wakil Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto, dalam separuh akhir.

Turut mencipta kejutan adalah beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah, yang menewaskan pilihan keempat dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota,    24-22, 21-12 dalam masa 43 minit.

Pearly dan Thinaah seterusnya akan bertemu satu lagi beregu Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida, dalam penentuan ke perlawanan akhir.

Advertisement

Must Watch Video