Perbezaan jurang penggalaman memastikan beregu campuran yang merupakan pilihan pertama itu mudah mendominasi perlawanan set pertama untuk menewaskan pemain negara 21-11 dalam tempoh 13 minit.
Begitupun, pemain negara cuba memberikan saingan dengan corak permainan yang lebih kemas dengan corak menyerang tetapi gandingan di kedudukan keenam dunia itu sukar ditewaskan untuk meraih kemenangan 21-16.
Yap Roy King akan turun sekali lagi bersama Arif Junaidi dalam perlawanan beregu lelaki berdepan pasangan dari China, Zhang Chi-Keng Shu Liang sebentar lagi.
RESULTS: #ThailandOpen2024
— BAM (@BA_Malaysia) May 16, 2024
R16#INA?? Rehan Kusharjanto-Lisa Kusumawati(7) def. #MAS?? Choong Hon Jian-Go Pei Kee 21-15 21-15#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/n1AKTlZ8xR
Dalam pada itu, cabaran Choong Hon Jian-Go Pei Kee, turut terhenti selepas tewas kepada pasangan dari Indonesia, Rehan Kusharjanto-Lisa Kusmawati, 21-15,21-15.